Friday, October 10, 2008

BILA SEORANG WANITA MENANGIS




Bila seorang wanita menangis…

Wanita tidak akan mudah menangis,
Kecuali berdepan dengan insan yang dia cintai dan amat sayangi,
Kerana dia akan menjadi lemah…

Wanita tidak akan mudah menangis,
Hanya bila dia amat menyayangimu,
Dan kamu pergi meninggalkannya…

Wahai lelaki…
Jika ada wanita yang menangis kerana kamu,
Peganglah tangannya dan genggamlah…
Kerana dialah wanita yang akan selalu bersama kamu
Di sepanjang hidupmu….

Jika ada wanita yang menangis kerana kamu,
Jangan lakukan perkara yang meragut kebahagiaannya,
Jangan pergi darinya…

Apabila wanita menangis di hadapan kamu,
Apabila wanita menangis kerana kamu,
Renunglah ke dalam matanya,
Kamu akan dapat melihat dan merasai,
Betapa sakit dan peritnya perasaan dia di waktu itu…
Fikirkanlah…
Adakah ada wanita lain di luar sana yang akan menangis,
Hanya kerana kamu dengan sepenuh keikhlasan,
Di depan kamu,
Dan kerana dirimu,
Seperti dirinya…?

Wahai lelaki,
Fikirkanlah perkara ini,
Jika ada wanita yang menangis kerana terlalu menyayangimu,
Dan semua kerana kamu…
Pandanglah ke masa yang lalu,
Dan lihatlah apa yang telah kamu lakukan terhadapnya,
Kamu tentu punya jawapan…

Sesalilah masa lalu,
Kerana mungkin suatu hari,
Kamu akan menyesal,
Dan terlambat untuk kamu melafazkan “Maaf”…
Mungkin dalam hidup kamu,
Hanya dia yang sanggup menyayangimu sepenuh hati dan seikhlasnya……

No comments: